
Semalam, tanggal 26/6/09 Jumaat 9 malam, aku dapat jemputan ke Parti Selebriti Kosmo-One Drop Perfumes....sempena majlis perlancaran produk baru One Drop Perfumes dan wajah baru Kosmo 2. Berlansung di hotel Sheraton Imperial, Jalan Sultan Ismail, KL.

Majlis gilang-gemilang ini dihadiri oleh pengarah kumpulan utusan, pengarah eksekutif dan pengarah urusan kumpulan syarikat One Drop Perfumes. Tak lupa duta produk One Drop Perfumes....Cik Rozita Che Wan...

Keratan akhbar kosmo semalam...parti selebriti kosmo-one drop perfumes ini tampil dengan tema hitam putih...sempena produk baru One Drop Perfumes iaitu set lelaki ke 3 ( hitam ) dan set wanita ke 5 ( putih ).





Acara joget lambak...apa tuh...huhu....majlis ini dihadiri hampir 50 lebih orang artis bersama pembaca kosmo yang bertuah, pengedar, pengguna dan stokis One Drop Perfumes...tidak lupa juga pihak media