Wednesday, September 23, 2009

From Perlis to Jin Notti

Arini aku g umah Cik Lah (adik mak yang last sekali drp 7) kat kodiang...dekat sempadan perlis...this is my cute niece..maisarah namanya...
Tak bleh senyum...sebab gigi 2 batang takde..haha
memang pandai bergaya
Setelah selesai makan mee goreng...makan kueh raya...rehat jap..kul 6pm aku, kakak n adik balik la ke Alor Star....singgah Alor Star Mall jap...beli tiket wayang Jin Notti... overall ok lah cite ni....berikut adalah review cite ni :

KRU Studios terkenal dengan filem-filem yang bercorak fantasi seperti Duyung dan Cicakman 1 & 2. Kesinambungan itu diteruskan lagi dengan terhasilnya filem Jin Notti yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Ironinya, untuk filem Jin Notti, KRU Studios telah pun bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem tetapi bagi menarik pelanggan TM.

Tradisi itu diteruskan dengan Jin Notti yang diarahkan oleh Azhari Zain dan disokong oleh Yusri Abdul Halim sebagai penyunting yang menggunakan teknik imej penjanaan komputer (CGI).

Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana (Notti), Cat Farish (Jinbara) dan ramai lagi pelakon hebat mengisahkan tentang dunia jin yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu khususnya.

Cerita Jin Notti mengenai Notti seekor jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti kemudian dikurung dalam penjara oleh Majlis Penghakiman Jin yang diketuai oleh Jin Samsu.

Sebagai hukuman, Notti dihantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang manusia yang melakukan perkara nakal. Notti masuk ke dalam tiga tubuh manusia dan bergaul dengan golongan yang melakukan perkara nakal.

Notti sempat masuk ke dalam badan tiga orang gadis termasuklah Ruby, seorang remaja Punk yang berasal daripada keluarga yang berpecah belah. Kemudian dia masuk ke tubuh Y’vonne seorang wanita Tionghua dan menjadi teman wanita kepada ketua kongsi gelap.

Kali ketiga Notti menjadi Sharifah seorang peguam yang sering membela jenayah. Kenakalan Notti harus melepasi skala kenakalan dan dia sering diiringi oleh peguamnya Jinbara.

Sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpainya di tiga tempat yang berbeza.

*CGI cite ni not bad la..memandangkan KRU adalah perintis filem2 seumpama ini

1 comment:

h said...

cik lah adik mak yang second last la..bukan bongsu..satu agi..maisarah tu bukan niece,tapi cousin la..ayoyo..